Friday, August 29, 2008

Tali Pinggang Bio-Magnet





Bergaya, Anggun dan Eksklusif. Demikianlah kualiti menakjubkan yang menjadikan M-belt pilihan Nombor Satu para jejaka, tidak kira peringkat usia. Diperbuat daripada kulit lembu tulen dengan hasil tangan dan perincian yang cemerlang, M-belt dilengkapi gancu krom menarik yang bertatah Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi bio-utara yang memancarkan medan bio-magnetik melegakan bagi merangsang kecergasan dan kepekaan anda. Dengan rekaannya yang bercitarasa tersendiri serta kualiti yang eksklusif, M-belt amat sesuai digayakan sebagai tali pinggang anggun atau untuk menyerlahkan gaya pakaian kasual.

Setiap set kotak mengandungi SATU (1) gancu dan TIGA (3) rekaan tali pinggang kulit tulen.





JAMINAN SADURAN SEMULA GANCU

Setiap pembelian disertakan dengan Kad Jaminan Penyaduran Semula Gancu. Kad ini memberi jaminan kepada pemiliknya untuk servis penyaduran semula gancu krom M-belt secara percuma, SATU KALI dalam setahun, serta tertakluk kepada keadaan yang bukan disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan yang boleh mencalarkan, pengubahsuaian yang disengajakan, kecuaian atau kemalangan. Jaminan penyaduran semula ini akan terbatal dan menjadi tidak sah sekiranya kad atau label harga pada kad telah dipinda atau diubah dalam apa jua cara.

Servis penyaduran semula LEBIH DARIPADA SATU KALI dalam setahun akan dikenakan caj bersesuaian. Gancu M-belt yang dihantar untuk sebarang servis, sama ada masih dalam tempoh jaminan atau sebaliknya mesti dikemukakan bersama kad ini sebagai bukti identiti. Biaya pengendalian dan insurans sebanyak RM8.00 akan dikenakan.

B'YOUNG

Anda Tampil Muda & Ceria


Sedarkah anda?

Kita selalu mengambil mudah perihal kesihatan, makan makanan yang mengancam kesihatan tanpa mengetahui bahayanya. Kita cenderung mengabaikan tanda-tanda bahaya di sekeliling kita dan meneruskan hidup dengan kesihatan yang semakin merosot, sel tubuh yang rosak dan penuaan sebelum masanya. Bagi kebanyakan antara kita, pada masa kita tersedar akan penyakit yang menyerang diri, keadaan telah terlambat.

Solusi

Pemakanan yang sihat adalah kunci ke arah gaya hidup sihat cergas dengan kesihatan dan kesejahteraan yang diingini setiap orang. B’Young Advanced Functional Beverage adalah formulasi minuman termaju dan unik yang mampu memberikan nutrien yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, penting untuk;
· mengurangkan risiko penyakit kronik,
· meningkat kuasa tenaga muda anda
· melambatkan proses penuaan
· mengekalkan kesihatan anda.

Melatonin

Adalah sejenis hormon yang disintesiskan secara semulajadi oleh kelenjar pineal. Ia mempengaruhi
· Pembiakan
· Menguatkan sistem imunisasi
· Menggalakkan kecergasan dan kekuatan
· Melambatkan proses penuaan
· Meningkatkan kualiti tidur
· Mempengaruhi sistem kardiovaskular
· Melindungi sel dari radikal bebas yang merbahaya

B’Young Advanced Functional Beverage mengandungi pelopor melatonin. Penghasilan melatonin akan mengoptimumkan kesihatan serta membantu mengembalikan kecergasan dan kemudaan.

(3R) Sifat B’Young Advanced Functional Beverage

· (Release) Menyingkir toksin dan bahan yang tidak diperlukan yang menganggu sistem dalam tubuh badan anda.
· (Relax) Merehat dan merawat anda dari stress dengan kelegaan agar sentiasa nampak sihat dan muda.
· (Revive) Memulihkan fungsi tubuh agar kuat dan segar dengan membina semula tisu tubuh untuk membantu anda mengembalikan kemudaan dan kesihatan.

3 Pilihan B’Young Advanced Functional Beverage.


1. B'YOUNG SUPREME GOLD - NT 2012 (90 Sachet x 19g)
B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang memberikan tubuh anda nutrien yang kaya, penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap hari. B'Young Supreme Gold memberikan rangsangan berkuasa dengan formulasi berkhasiat yang direka secara saintifik bagi meningkatkan ketahanan tubuh, mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan tenaga tubuh secara amnya. Formulasinya yang terbukti, tidak seperti suplemen kesihatan konvensional lain dan kombinasi keunikan ramuan semula jadinya menawarkan minuman berfungsi peningkat kesihatan yang menyeluruh dalam pasaran hari ini. Mulalah menikmati tenaga muda yang diperbaharui dan berikan tubuh anda rangsangan yang ia perlukan bagi merasai kemudaan semula! B'Young Supreme Gold adalah ideal diminum dalam jangka panjang bagi mendapatkan kebaikannya serta mengekalkan tahap tertinggi nilai-nilai khasiat. Kekal muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi hebat ini!

2. B'YOUNG PREMIUM STANDARD - NT 2013 (90 Sachet x 17 g)
Singkir, rehat dan pulih ke arah kesihatan yang lebih baik dengan perangsang bernutrisi berkesan ini - B'Young Premium Standard. Pilihan hebat ini memberikan tubuh anda mikronutrien semula jadi bagi penyelenggaraan gaya hidup sihat. Formulasinya yang dipertingkatkan membantu anda mengambil langkah positif ke arah mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan anda. Hanya minum sachet Pagi, Petang dan Malam setiap hari dan saksikan bagaimana perubahan positif yang cepat dan berkesan menyerlah. Sachet yang menyenangkan ini membolehkan anda memulakan gaya hidup sihat yang baru dan alami tenaga, kemudaan dan kesihatan yang diperbaharui setiap hari!

3. B'YOUNG MAINTENANCE COURSE - NT 2014 (90 Sachet x 14 g)
Dapatkan penyelenggaraan nutrisi penting harian yang lengkap hari ini. Penyelenggaraan yang menyihatkan bermakna pengambilan formulasi pilihan premium ini setiap hari bagi menikmati kebaikan luar biasanya. B'Young Maintenance Course direka khas untuk pengambilan berkala dan ia bertindak dengan baik pada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas serta dewasa. Ia membantu mengekalkan keseimbangan tubuh yang sihat dengan membekalkan nutrien penting di samping meningkatkan menyingkiran toksin yang berbahaya daripada tubuh.



SSS (Kawalan Berat Badan)



CODE: NT2015

Anda sememangnya tahu bahawa terlampau berat itu tidak menyihatkan.

Lemak merupakan nutrien penting bagi tubuh manusia. Bahayanya timbul apabila lemak berkumpul pada tahap membimbangkan sehingga pertambahan berat badan yang serius terjadi atau disebut Obesiti. Ini akan mengundang penyakit yang berkaitan obesiti seperti;
· Darah Tinggi
· Batu Karang
· Rheumatisme
· Kencing Manis
· Osteoarthritis
· Barah
· Serangan Jantung
· Strok

Berapakah berat dihitung sebagai terlalu berat?

Sila rujuk Indeks Jisim Tubuh (BMI-Body Mass Index) yang telah menjadi piawaian perubatan untuk mengukur berat berlebihan seseorang dewasa. Dapatkan bacaan BMI anda di sini

Kenapa terjadi obesiti?

Jika anda mengambil lebih kalori yang boleh dibakar untuk aktiviti normal seharian, maka kalori berlebihan itu menjadi lemak. Kombinasi makan berlebihan dan kurang bersenam selalunya mengakibatkan obesiti.

Antara faktor obesiti adalah
· Genetik – kadang-kadang obesiti ibu bapa ada kaitan dengan faktor obesiti anak-anak.
· Budaya makan, persekitaran yang menekan dan kemurungan boleh menjurus kepada tabiat pemakanan luar biasa sehingga terjadi obesiti.
· Kesan berat badan berlebihan boleh mendatangkan gangguan kesihatan.
· Pemakanan yang tidak sihat.
· Kurang bersenam.

Bagaimana mengatasi Obesiti?

Mengawal diet.
Senaman.
Pengambilan makanan kesihatan yang diperakukan seperti SS SOLUTION - NT 2015
penyelesaian untuk kawalan berat badan berkesan!

Kesan 3R SS Solution yang menakjubkan:

· (Redefine)Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh
· (Rebalance) Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan
· (Revive) Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan

Kemampuan SS Solution menyekat selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang menggalakkan penurunan berat badan. Hasilnya, anda akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan rasa hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.



Klik gambar untuk besarkan.


Thursday, August 28, 2008

ISO 3 (Perawatan Kulit)


CODE NT2017

CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN

Menyuburkan Kulit Yang Cantik dari Dalam ke Luar!

Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembapannya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit.

Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisme kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Kolagen Marin Terhidrolisis di dalam ISO.3 diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi - sumber kolagen terbaik yang diketahui. Berat molekulnya adalah antara 1000-2000, di mana ia membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh kerana ia telah dicernakan terlebih dahulu melalui proses hidrolisis.

Selain dari Kolagen Marin Terhidrolisis, formulasi unik ISO.3 juga terdiri daripada bahan botani bio-aktif yang diperkaya dengan antioksida dan fitokimia seperti Ekstrak Ceri Acelora, Ekstrak Biji Kiwi, Serbuk Mutiara, Serbuk Gel Aloe Vera, Kompleks Karotenoid dan Serbuk Buah-buahan Campuran yang bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikan dari dalam ke luar.

Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO 3

o Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)

Kandungan berfungsi bertindak dengan membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak nutrien, darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan daripada kulit.

o Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)
Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.

o Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)
Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.

Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO 3

· Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme.
· Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.
· Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.
· Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.
· Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.
· Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.
· Membantu meneutralkan radikal bebas.
· Membantu menyahtoksik kulit.
· Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.
· Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.
· Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.
· Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.